Tip Sales Closing - 5 Cara Kunci Pelanggan





1) Ketika mengunci jualan, kita tidak perlu meminta-minta pelanggan supaya membeli



Teknik ini adalah teknik mengunci jualan dalam diam. Di mana, kita tunggu pelanggan membeli tanpa memaksa. Teknik ini banyak digunakan oleh syarikat gergasi, Apple ketika mereka memasarkan iPhone.

Syarikat Apple banyak menunjukkan kelebihan-kelebihan yang ada pada iPhone di dalam pengiklanan.

Pelanggan sendiri dengan senang hati membeli iPhone selepas melihat iklan-iklan iPhone.


2) Bertanya kepada pelanggan

Ketika mengunci jualan, banyak bertanya soalan kepada pelanggan.

Apakah masalah utama pelanggan? Boleh kita membantu pelanggan untuk menyelesaikan masalah mereka? Bertanya jika berminat dengan produk kita yang boleh menyelesaikan masalah pelanggan.


3) Gunakan testimoni pelanggan terdahulu untuk mengunci jualan

Jika pelanggan masih berasa ragu-ragu dengan produk kita, kunci pelanggan dengan testimoni pelanggan yang berjaya. Jika boleh, dapatkan testimoni orang yang berautoriti dalam bidang bisnes kita.

Ini menguatkan lagi pengaruh kita untuk pelanggan percaya dengan kita.


4) Beri pelanggan pilihan


Jalan terakhir sekiranya teknik mengunci jualan dengan testimoni tidak berhasil, beri pilihan kepada pelanggan untuk memilih. Mungkin produk atau servis pertama kita tidak sesuai dengan pelanggan.

Jadi, beri beberapa pilihan produk atau servis yang lain untuk pelanggan memilih. Mungkin salah satu daripada pilihan produk atau servis kita itu dapat menarik minat pelanggan untuk membeli.


5) Had masa untuk membeli

Apabila pelanggan sudah memilih produk yang mereka mahu beli, berikan had masa kepada mereka supaya membuat pembayaran dengan cepat.

Antara strategi had masa yang boleh kita gunakan adalah:

a) Beri potongan harga jika membuat pembayaran pada hari ini. Bayar esok, harga akan jadi harga kembali.

b) Tanpa mengurangkan harga, beri bonus untuk pembelian hari ini. Jika bayar esok, bonus sudah tiada.

Post a Comment

1 Comments

  1. terima kasih atas sharing ilmunya, dapat juga saya topup2 ilmu dari tuan, saya pun ada sharing2 juga secara percuma di web saya di Rahsia Close Sale Conversion Tinggi :) sudi2lah jenguk ye :)

    ReplyDelete