21 Kunci Kejayaan Dunia Dan Akhirat


▫Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.

▫ Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.

▫ Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.

▫ Kunci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.

▫ Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.

▫ Kunci Kejayaan adalah Kesabaran.

▫ Kunci Kemajuan/kelebihan  adalah bersyukur.

▫ Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.

▫ Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.

▫ Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.

▫ Kunci Segala kemaqbulan adalah berdoa.

▫ Kunci Kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.

▫ Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadaNya.

▫ Kunci Bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.

▫ Kunci Menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.

▫ Kunci Mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.

▫ Kunci Rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.

▫ Kunci Kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

▫ Kunci Kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.

▫ Kunci Segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.

▫ Kunci Segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.
 
* Semoga kita semua memperolehi kejayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah Amin.

Post a Comment

0 Comments